Monday 19 September 2011

Sihat Dalam Tidur

Assalamualaikum..w.b.t..
Alhamdulillah...masih lagi diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit pengisian daripada ana..''Sihat Dalam Tidur''...Tidur juga dapat mempengaruhi kesihatan kita..cara manakah yang paling baik untuk kita tidur??posisi manakah paling sesuai untuk organ2 tubuh kita berfungsi dengan elok semasa tidur??berbaring cara menelentang,meniarap,mengiring sebelah kiri atau kanan??
Sebelum saya mengupas tajuk itu,ingin saya kongsikan beberapa adab sebelum tidur..

1. Muhasabah;
Hendaklah menghitung-hitung sesaat sebelum tidur mengoreksi segala perbuatan yang telah ia lakukan di siang hari.  Ini sangat dianjurkan bagi setiap muslim. Lalu jika ia dapatkan perbuatannya itu baik, maka hendaknya memuji AllahI, jangan memuji diri sendiri, dan jika sebaliknya, maka hendaknya segera memohon  ampunan-Nya, kembali dan bertobat kepada-Nya.

2.Tidur dalam keadaan suci yakni berwuduk

3.Membaca doa tidur serta surah al-Ikhlas,al-Nas,al-Falaq
بِاسْمِكَ اَللَّهُمَّ اَمُوتُ وَاَحْيَا - رواه البخارِي
“Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, aku mati dan aku hidup.” (HR. Al-Bukhari)

4.Perut tidak terlalu kenyang.Jika perut terlalu kenyang kita mudah mengantuk seterusnya malas untuk bangun mendirikan solat..

Berbalik kepada tajuk kita..mari kita lihat posisi yang betul ketika tidur...

1)Tidur meniarap...
boleh membawa sesak nafas dalam tempoh yang singkat kerana tulang2 belakang yg terletak di atas otot2 dada berkembang semasa menyedut dan menarik nafas.Selain itu,kita juga akan beras senak perut,sakit leher dan sakit seluruh badan.Maka meniarap bukanlah cara yang baik untuk tidur.

2)Tidur menelentang
menyebabkan mulut terbuka semasa tidur kerana otot rahang sebela bawah merenggang.Ini menyebabkan udara yang disedut ke paru2 akan melalui mulut,bukannya hidung.Tidur dengan cara menelentang juga boleh menyebabkan kita berdengkur.
3)Mengiring sebelah kiri
juga tidak digalakkan kerana jantung akan ditindih oleh paru2 kanan yang saiznya lebih besar berbanding paru2 sebelah kiri.Ini akan melemahkan denyutan jantung terutamanya bagi mereka yang menghidap sakit jantung..

Cara Tidur Islam anjurkan ialah tidur dengan cara mengiring ke kanan..Ini merupakan posisi yang paling baik kerana ia membantu mempercepatkan pencernaan,mengurangkan tekanan mekanikal ke atas jantung dan juga menapis serta melembapkan udara yang masuk ke dalam paru2.. Selain itu,menjadi amalan Rasullah untuk tidut dengan cara mengiring ke sebelah kanan dengan meletakkan tangan kanan dibawah pipi kanan dan inilah cara yang betul yang diajar oleh Nabi kita.

Sahabat Rosulullah, Al-Bara’ bin `Azib ra menuturkan, Rasulullah saw bersabda, “Apabila kamu akan tidur, maka berwudhu’lah sebagaimana wudhu’ untuk shalat, kemudian berbaringlah dengan mengiring ke sebelah kanan...”

Jadi,dengan mengamalkan tidur sebelah kanan kita bukan sahaja mendapat pahala kerana mengamalkan sunnah ,malahan juga tubuh badan kita kita menjadi lebih sihat..Wallahu a'lam..

Rujukan:
Sihat dalam Tidur oleh Dr.Farhan Hadi Mohd Taib,Majalah GenQ terbitan telaga biru edisi vol 01,isu 02.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT BY ILAANAJSUHA