Friday 30 December 2011

Wahai sahabatku...

Wahai sahabatku,
Maaf,
Mungkin selama ini aku bukanlah sahabat yang baik,
Maaf juga,
Mungkin juga selama ini aku sering melalaikanmu,
Maaf lagi,
Mungkin selama ini ada bicaraku yang pedih,
Maaf sungguh,
Selama ini aku sering tidak memahami,
Maaf,
Aku hanya hamba yang biasa,
Kerana kelemahanku itu sering aku panjatkan doaku padamu di kesempatan yang ada,
Moga Allah selalu menyayangimu kerana siapa pun kamu,
Kamu itu sahabatku..

                                     

Saturday 24 December 2011

Wordless Sunday






ASSIGNMENT DAH MAKIN BANYAK...SELAMAT MENYIAPKAN ASSIGNMENT BUAT SAHABAT2KU...:)

Friday 23 December 2011

PESANAN LUQMAN AL-HAKIM KEPADA DIRIKU DAN DIRIMU...

Pesanan buat diri ku yang sering alpa..


Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.

Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.

Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.

Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.

Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.

Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.

Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.

Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.

Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.

Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.

Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.

Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.

Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang ***** menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.


PADAMU KU BERSUJUD 

Tuesday 20 December 2011

INDAHNYA UKHUWAH

                                                                 MAJMUAH OREN


SAHABAT2KU..




SYUKRAN...
                                           

Thursday 8 December 2011

Puisi Awak, Kita Ini Bercintakah?







                                                                 


Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?

--------------------------
------------------

Ya,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
bukankah itu adalah cinta?



Monday 5 December 2011

"PENGURUSAN MASA"

                                                             
TEKNIK PENGURUSAN MASA

1)PLAN-Rancang dengan ikhlas
2)DOA-Bergerak(mulakan dengan doa)
3)ACT-Bertindak
4)CHECK-Muhasabah

MENGAPA PERLU URUS MASA DENGAN BAIK?

  • Tuntutan Islam yang wajib.
  • Masa adalah amanah Allah Taala kepada manusia.
  • Setiap amanah wajib ditunaikan.
  • Mengurus masa dengan baik adalah ibadat.

MUTIARA KATA TENTANG MASA

  • "Bekerjalahlah untuk duniamu seolah2 kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah untuk akhirat seolah2 kamu akan mati esok hari"

  • "Jika berlaku kiamat,di tangan kamu ada benih kurma,kamu masih lagi berkesempatan untuk menanamnya,maka hendaklah kamu tanamnya"

  • "Rebutlah setiap detik dan peluang sebelum ditarik dari kita"

  • "If you fail to plan,you are planning to fail"
             

BERPUASA PADA 9 & 10 MUHARRAM

~ Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

✿ Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

~ Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

✿ Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharram." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

~> Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9, ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya MAKRUH kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

✿ Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

p/s : *kalau x dapat puasa pada 9 Muharram, boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram..x semestinya berpuasa berturut-turut 9,10 dan 11 muharram tu..asalkan digandingkan dgn 10 muharram itu pun sudah memadai..semata2 hanya utk membezakan puasa dengan org Yahudi* :)

SELAMAT BERPUASA SUNAT :)

Friday 2 December 2011

BILA DIA BUKAN UNTUK AKU..

 
Bila Dia Bukan Untuk Ku

Ya Allah,
Bila dia bukan untuk ku,
Bila dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku.

Ya Allah,
Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati.

Dan
Bila doaku didengari,
Bila permintaanku KAU kabulkan,
Bila masa membina jarak yang memisahkan,
Bila waktu membina tembok yang merenggangkan,
Bila kami semakin jauh,
Ingatkan aku tentang doaku yang lalu.

Ya Allah,
Bila itu terjadi,
Yakinkan aku,
Bahawa doaku didengari,
Bahawa KAU sedang merencanakan yang terbaik buat aku,
hambamu.

Bantulah aku menjalani hari,
Bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan.
Agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan.
Agar dapat ku pujuk hati ;
“kerana ALLAH lebih tahu…”
                    
PadaMu Ku Bersujud... 

Thursday 1 December 2011

TINTA BUAT SAHABAT

Sahabatku,
salam persahabatan moga dirindui, seikhlas ingatan setulus memori, sejuta penghargaan hamba ucapkan buat sahabat yang dikasihi dan semoga diredhai Allah selamanya..Aminnn ya rabbal alamin..

Sahabat,
Ikatan persahabatan yang terjalin telah pun meninggalkan kesan dilubuk hati. Segala yang menggembirakan, yang menyedihkan, yang mendukakan kini hanya tinggal sebuah memori yang terpahat kukuh disanubari. Mungkinkah hingga ke saat ini sahaja ukhuwwah yang bertapak sekian lama? Atau ianya akan hilang begitu sahaja? Atau ianya akan dilupakan? Atau ia hanyalah seumpama air yang akan memadamkan api?

Sahabat,
Sesungguhnya ukhuwwah yang terjalin adalah sesuatu yang termaktub.
Mulanya masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain tetapi kini…….
Segalanya telah berubah, saling kenal-mengenali seterusnya menjadi akrab dan intim.


                                              
Sahabat ,
Jika takutkan ombak jangan berumah ditepian pantai. Begitu juga, kita, Jika takutkan perpisahan jangan hampiri pertemuan. Inilah hakikat sebuah kehidupan yang sentiasa berputar-putar ibarat roda yang berpusing. Kita harus tabah dan redha dalam menghadapi setiap apa yang telah disuratkan kepada kita kerana hanya Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Dia juga tidak akan membebankan hambanya dengan apa yang tidak terdaya ditanggung oleh kita. segalanya masih dipayungi oleh 1001 kemungkinan. Kemungkinan yang bakal meninggalkan memori di sudut hati kita.



sahabatku,
berpisah dengan kalian bukan pilihan ku, tapi kita terpaksa berpisah demi meneruskan cita-cita dan impian kita..kita harus mendaki puncak tertinggi hidup kita...kalian tinggalkan diri ini dan diri ini tinggalkan kalian..berjauhan kita tak semestinya melupakan, memori bersama kalian sentiasa segar diingatan, kerinduan pada kalian sering menebal di hati ini..tapi apa daya ku, kita terpasa akur pada ketentuan...

Sahabat,
Berdoalah agar sentiasa mendapat keredaanNya dalam ukhwah yang terbina. Moga-moga pertemuan dan perpisahan ini diberkati oleh Illahi didunia dan diakhirat. Kuatkan hati untuk menerimanya, jangan berdukacita. Setiap yang bermula pasti akan ada yang akhirnya. doaku agak kalian sentiasa berada dalam lembayung rahmatnya dan berjaya didunia dan akhirat..diri ini RINDUKAN kalian.

kita tidak akan dapat melupakan kelukaan tetapi pengalaman yang mengajar kita supaya tidak akan berulang untuk kali kedua...

"dalam berhati-hati, ada hati yang disakiti...
dalam berjaga-jaga ada hati yang terluka.."
 

                                                                    PUAN RAFIDAH            

NABILA AISYAH 

 AMIZA

Sayang dan rindu kamu semua kerana ALLAH...Mudah2an ukhuwan yang terbina antara kita berkekekalan selamanya...^_________^

credit to:Saya Rela&Saya Redha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT BY ILAANAJSUHA