Monday 19 September 2011

Kuih Puteri mandi Terengganu



Apabila ditanya sal kuih puteri mandi,ramai shabat sy dri negeri luar tidak mengenali kuih tersebut...namanya pon unik kan...kuih ini merupakan kuih tradisional di Terengganu..Buat shabat2 ku jom la try buat kuih nie..snang je...mudah dan cepat...selamat mencuba..^^

Bahan-bahan:
1 paket tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan air daun pandan
Inti:
1 biji kelapa parut muda
Gula melaka secukupnya
Air secukupnya


Cara Membuat:

1. Campurkan tepung pulut, tepung beras dan air pandan.Gaul hingga sebati dan ketepikan.
2. Setelah itu, bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil kemudian penyetkan ditengahnya supaya leper (seperti dalam gambar). Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk.
3. Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendidih tersebut hingga masak.
4. Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak, angkat dan toskan airnya.
5. Sementara itu, masak air gula melaka sehingga pekat dan masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering atau ikut citarasa sekiranya ingin sedikit lembab.
6. Akhir sekali, masukkan kuih tadi gaul bersama inti hingga sebati.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT BY ILAANAJSUHA